Saturday, November 27, 2010

kisah ini telah diceritakan oleh Maulana Saad ketika Ijtima Bangkok.Kisah Abdullah bin Huzaifah dan jemaahnya ditangkap oleh maharaja Rom.Maharaja Rom menawarkan separuh dari harta kerajaan Rom untuk beliau menukar agama kepada agama Nasrani/kristian,lalu ditolak oleh Abdullah R.A,dan seraya berkata,jika kamu memberikan kesemua harta kerajaan Rom pun,nescaya aku tidak ingin menukarkan agama Muhamad ini,lalu maharaja Rom mencari idea untuk mempedaya beliau,lalu Maharaja Rom pun memerintahkan supaya dimasak air untuk memasukkan tentera2 Islam ke dalam air yang panas memdidih tersebut dengan tujuan cara ini dapat mengubah fikiran Abdullah R.A,sementara itu Abdullah sendiri diperlihatkan akan seksaan tersebut,Lalu menangislah Abdullah R.A dengan tangisan penuh hiba sekali.Lalu Maharaja Rom pun berkata adakah kamu sudah berubah fikiran,Abdullah R.A berkata aku menangis bukan kerana aku berubah fikiran,tetapi aku menangis disebabkan aku hanya ada satu nyawa saja,kalaulah aku ada nyawa seperti bulu diatas badan aku,nescaya aku akan korbankan untuk agama Allah Taala,Maharaja Rom pun bersimpati,lalu menawarkan Abdullah R.A satu
tawaran iaitu,aku akan lepas kan jemaah kamu dengan syarat kamu kena cium dahi aku,syarat tersebut telah dipersetujui oleh Abdullah R.A sambil berkata perkara yang paling hina ini aku sanggup buat adalah disebabkan agama aku.Lalu jemaah ini pun balik dan memberi karkhuzari/laporan mengenai perkara tersebut kepada khalifah Umar R.A dan Khalifah Umar R.A mengeluarkan fatwa bahawa setiap orang Islam wajid mencium dahi Abdullah bin Huzaifah R.A disebabkan pengorbanan beliau dan aku adalah orang pertama yang akan berbuat demikian.Maulana Saad berkata,umat hari ini sudah hilang sifat seperti sahabat ,bukan saja telah meninggal perintah2 Allah bahkan sanggup keluar dari agamai ini kerana tiada sifat seperti sahabat.Tiada sifat susah payah seperti sahabat.