Thursday, March 17, 2011

Imam Syafie ra bertemu gurunya Imam Malik ra

Imam Syafie ra adalah salah seorang murid kesayangan Imam Malik ra. Setelah lama berpisah dengan gurunya, Imam Syafie ra amat merindui untuk berjumpa dengan gurunya. Imam Syafie ra sungguh bernasib baik kerana telah bertemu dengan seorang yang baru balik daripada Madinah, lalu sayapun (Imam Syafie ra) bertanya kepadanya berkenaan dengan Imam Malik ra, katanya “Imam Malik ra sekarang ini sihat sejahtera dan hidup dalam keadaan yang mewah. Allah swt telah menghujani dengan berkat dan rahmat keatasnya dan memberinya dengan harta kekayaan yang banyak.”

Kata-2 ini menambahkan lagi keinginan saya untuk bertemu dengan Imam Malik ra, lalu saya berangkat dari Iraq menuju ke tempat Imam Malik ra mengajar iaitu di Madinah.
Imam Malik ra menatap wajahku untuk beberapa ketika kemudian berkata: “Apakah kamu ini Muhammad Idris Syafie ra.?”
Saya merasa amat terperanjat sekali apabila dia membawa saya ke satu mahligai lalu saya bertanya kepadanya, “Apakah yang telah berlaku kepada teratak kecil yang tuan miliki semasa saya berada di sini dulu.?”
Dia berkata bahawa kami sedang berdiri betul-2 di atas tapaknya kerana rumah ini dibina di atas
tapaknya. Dengan itu saya telah menitiskan air mata. Apabila melihat keadaan ini hatinya juga tersentuh.
Kebimbangan itulah,“ jawab saya, ”yang telah membuatkan hati saya ini risau dan selalu meracau-racau.”“Kamu sesungguhnya adalah seorang rakan yang benar-2 ikhlas,” kata Imam Malik ra.. Apa yang kamu saksikan ini adalah dari berkat dan kurniaan Allah swt. Kesemua ini adalah merupakan hadiah-2 yang datang dari mereka yang setia dalam pelajaran di Khurasan, Mesir dan lain-2 tempat. Dan kamu tahu Rasulullah saw, tidak pernah menolak apa-2 hadiah pun, dan dengan itu mengikuti sunnahnya, saya tidak menolak apa-apa hadiah.”Keesokan harinya Imam Malik ra memegang tangan saya sambil berjalan seperti dua orang kawan karib, semasa saya melihat kuda-kudanya yang cantik, saya lalu berkata: “Cantik sungguh kuda-2 ini ! sungguh saya katakan saya tidak pernah melihat kuda secantik ini.”
Lalu Imam Malik ra berkata: “Itu semua pun adalah milik kamu.”
Imam Syafie ra lalu berkata: “Tidak, itu tidak mungkin, kamu memberikan kesemuanya kepada saya dan tidak meninggalkan sedikitpun untuk kegunaan kamu sendiri.” Kata Imam Malik ra: "Wahai Syafie ra, ianya akan mengakibatkan keaiban yang besar kepada diriku di hadapan Allah swt jika saya menunggang kuda-kuda ini di mana kuda ini berjalan dengan menghentakkan kaki-kakinya di atas bumi di mana tempat berehatnya Rasul kesayangan saw."