Thursday, February 23, 2012

Siapakah manusia beruntung yang telah dijanjikan syurga ?

1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin ‘Auf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah


Saidina Abu Bakar As Siddiq
Merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu Bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.
Saidina Umar Al Khattab
Adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah SAW pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah dikalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“.

Saidina Uthman Affan
Seorang yang kaya dan sangat lemah lembut, Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah SAW sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan baginda kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda “setiap Rasul mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“.
Saidina Ali Abi Talib
Sepupu kepada Rasulullah SAW dan suami kepada Fatimah. Baginda pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah SAW juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiu telah melihat Ali. Menurut Rasulullah SAW, Ali adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz alquran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.

Talhah
Seorang yang sangat pemurah. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“.

Abdul Rahman Auf
Seorang yang kaya dan pemurah. Nabi SAW pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.

Said Bin Zaid
Beliau seorang yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah SAW adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah.

Sumber dari I LUV ISLAM.