Monday, November 29, 2010

Saidina Hamzah semasa peperangan Badar

Penentangan di antara orang-orang Islam dan kaum musyrikin semakin hebat sehingga mencetuskan peperangan bersejarah yang dikenali sebagai Perang Badar. Di dalam peperangan ini, Hamzah menyertai pasukan berkuda dan beliau berada di barisan hadapan. Hamzah mengepung dan menyerang musuh dengan pedangnya di tengah-tengah medan perang. Beliau memancung kepala orang-orang kafir dan merobek dada mereka dengan garang. Beliau menyerang seperti seekor singa lapar dengan keazaman dan keimanan yang tinggi kepada Allah. Peperangan tamat dengan kemenangan besar di pihak Islam. Orang yang telah memainkan peranan utama dalam meleburkan kekuatan musuh ialah Ali bin Abu Talib dan Hamzah bin Abdul Mutalib.
Rasulullah serta seluruh kaum muslimin merasa gembira dengan kemenangan besar ini. Perang Badar telah menyaksikan seramai 70 orang kafir terbunuh. Sebahagian daripada mereka terdiri daripada ketua-ketua dan bangsawan Quraisy. Di samping itu 70 orang Quraisy lagi berjaya ditawan oleh tentera Islam.
Selepas peeprangan tersebut, Rasulullah telah mencium dan mendoakan Hamzah dengan sabdanya: "Sesungguhnya engkau adalah singa Allah dan Singa Rasul-Nya.