Wednesday, March 18, 2015

Salman Al Farisi

Salman Al-Farisi Pemimpin Yang Rendah Diri

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau berasal dari negeri Parsi. 
Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia. 
Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: "Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini." Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. 
Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab: "Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan". 
Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.

Bulan Safar, khurafat dan amalan sunat.


Semasa aku kekecik bila sampai bulan Safar meriah sungguh kampung aku. Amalan mandi Safar, kenduri tolak bala dan joget lambak semacam dah sebati dengan penduduk kampung aku.
Tapi itu dolu2, era tahun 60an dan 70an. Alhamdulillah itu semua dah berakhir dan kita mula kembali ke jalan yang diredha oleh Allah SWT.


Amalan-amalan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain.Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Safar yang menjadi amalan Rasulullah saw ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh.Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim.Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.Kepercayaan dan Amalan-amalan Khurafat
Walaupun sudah semakin kurang namun masih ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut datuk nenek moyang kita yang entah dari mana asasnya.Di antara kepercayaan dan amalan-amalan karut yang berlaku dan ada kaitan dengan bulan Safar itu ialah;Rabu terakhir adalah hari malangBiawak petanda celakaBurung hantu petanda kemudharatanBurung gagak petanda kematianBulan Safar adalah bulan balaKononnya untuk mengelakkan petanda-petanda buruk ini dari berlaku maka disunatkan mandi Safar, berpuasa dan membuat kenduri tolak bala khas di bulan Safar. Kepercayaan dan amalan-amalan di atas tadi adalah khurafat kerana tiada asas ataupun sumber rujukan dari mana asalnya.Adapun ada hadis-hadis yang mengatakan tentang perkara-perkara tersebut adalah ditolak kerana ia adalah hadis palsu yang sengaja direka-reka dan sudah dinafikan oleh satu hadis shahih yang diriwayatkan oleh imam Bukhari;Maksudnya;Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa.Maka hukum berpegang dengan kepercayaan karut adalah ditolak. Jika ia berkaitan atau menyalahi akidah maka ia boleh membawa kepada syirik dan merosakkan iman. Apabila iman sudah rosak, maka ia akan mempengaruhi amalan maka amalan juga tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala.Beramal dengan perkara-perkara tersebut juga adalah ditolak kerana ia adalah bid’ah dhalalah. Maka beramal dengan perkara-perkara bid’ah dhalalah adalah haram hukumnya. Dan ada banyak lagi kepercayaan dan amalan-amalan yang karut berkaitan dengan bulan Safar ini mengikut kawasan-kawasan dan kaum-kaum tertentu.Oleh itu ilmu agama yang berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah adalah neraca untuk menilai setiap sesuatu sama ada mengikut Syarak atau sebaliknya. Dalam memperbetulkan perlakuan segelintir umat di kalangan masyarakat Islam yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut ini, maka pendakwah dan individu yang faham dan ingin membetulkannya hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu agama dan methodologi dakwah itu sendiri agar kerja dakwah itu menjadi lebih berkesan dan lancar.Bulan Safar, khurafat dan amalan sunat.

Monday, December 17, 2012

Sanggupkah kita berpeluk tubuh dan melihat penderita mereka ?


Hulurkan sedikit nikmat kurniaNYA pd kita selama ini buat saudara2 Islam kita di Palestine. Kecil bg kita tapi besar buat mereka dan di sisi Allah SWT nanti.

Bantuan anda boleh disalurkan kepada Aman Palestine
http://dermapalestin.blogspot.com/



Tuesday, September 18, 2012

Wahhabi telah memusnah kubur sahabat Nabi SAW.

*Terkini. WAHHABI BAKAR & HANCURKAN KUBUR-KUBUR PARA SAHABAT NABI DAN WAHHABI BERJANJI AKAN HANCURKAN KUBUR NABI MUHAMMAD.

Dimana umat Nabi Muhammad yg mengaku mencintai Nabi&Sahabat??. Kita tolak Syiah yg hina sahabat nabi waktu yg sama

kita biarkan sahabat Nabi dan kubur Nabi akan diperhina begini?! fikirkan apa tindakan kita??!

Tahukah anda baru2 ini Wahhabi hancurkan dan bakar kubur sahabat nabi yg terkenal bernama Saidina 'Uqbah Bin 'Amir di kawasan Al-Buhairah di Mesir? (gambar) http://www.azahera.net/showthread.php?t=7740

Dan tahukah anda bhw Wahhabi baru2 ini menghancurkan maqam/kubur sahabat Nabi di Libya yg bernama Saidina Zuhair bin Qais di kwsn Darnah di Libya? http://naseemalsham.com/ar/Pages.php?page=readviestor&pg_id=34713&page1=1

Terbaru Wahhabi di Libya mengunakan peluang ketidak tenteraman negara Libya mereka (Wahhabi) telah menghancurkan maqam ulama dan waliyullah yg terkenal bernama Syeikh Abdus Salam Al-Asmar? Dan kitab2 Ahli Sunnah Wal Jama'ah didalamnya dibakar dan dibaling dengan najis. Dimana kita?! Ittaqullah wahai para pendakwah. Tak usahlah berpolitik sangat sampai ilmu Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan keadaanya kita jahili. http://www.dar-alifta.org/Viewstatement.aspx?ID=581&type=0

Sepakatlah menolak Wahhabi tidak kira dalam UMNO,PAS atau PKR. Mereka musuh Allah dan musuh Nabi Muhammad serta musuh sahabat Nabi. Bukti depan mata kita masih tidak nampak? Majlis Fatwa Kebangsaan pula takut nak fatwa Wahhabi itu sesat krn bimbang duit poket tak masuk? Saya sokong fatwa terbaru Dar Ifta Mesir bahawa Wahhabi yg lakukan sedemikian adalah Kilabun Nar dan Khawarij (iaitu anjing2 neraka dan Wahhabi ini adalah puak Khawarij)

Kita dok fokus isu Syiah kita lupa isu Wahhabi yg musuhi Allah dan zalimi sejarah? Ya Syiah sesat dan kita tolak Syiah habis-habisan tp Wahhabi pun kita mesti fatwa sesat! Jangan 'dayus' demi keuntungan politik sanggup sokong 'yahudi silo lendik'?!.

Lihatlah bukti pembongkaran ini bahwa jelas Wahhabi mahu hancurkan kubur,kubah dan segala sejarah Nabi Muhammad setelah Wahhabi mengubah ayat2 AlQuran dr segi maknanya sama seperti Syiah.

Lihat: http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/09/wajib-bakar-rumah-nabi-hancurkan-kubah.html?m=0

Lihat lagi bukti: http://abu-syafiq.blogspot.com/2008/04/universiti-wahhabi-minta-kerajaan-saudi.html

Dan lihat bagaimana Wahhabi yg menghancurkan kubur sahabat Nabi, ulama & wali itu kita dapati mereka (wahhabi) pula menjaga kesan2 peninggalan tokoh agama baru mereka: http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/07/wahhabi-sembah-guru-mereka-hancurkan.html

Apa tindakan kita? Senyap membisu? Tidak sensitif? Sibuk dgn slogan merdeka,bersih politik, royalti waktu yg sama lupa sejarah Islam bahkan makna Alquran dipesongkan oleh Wahhabi&Syiah pun kita tidak hiraukan!

Jawapan Ustaz Abu Syafiq buat Wahhabi kaum Abrahah yg berkata: kami (wahhabi) hancurkan kubur para nabi&sahabat nabi kerana ada org buat khurafat & kesesatan disitu...

Al-Jawab: Jika begitu maka orang jahil yang buat khurafat dan kesesatan di Ka'abah kamu mahu hancurkan juga Ka'abah baitullah itu??!! Semoga Allah membakar mereka dengan batu2 dari api neraka jahannam.

Tuesday, August 14, 2012

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
  1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
  2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
  3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

~sumber

Sunday, August 5, 2012

Akibat permainkan hukum Allah SWT

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

 
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

 
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

 
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

 
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

 
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

 
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

 
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

 
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

 
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Pelukis Karikatur Nabi Muhammad Terima Pembalasan

Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini.. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini.

Dalam laporan siasatan, akhbar Arab, yang diterbitkan dari Arab Saudi, Telah mendakwa Kurt Westergaard, kartunis Denmark, telah meninggal
dunia dalam kejadian kebakaran.

Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan kematiannya, yang tidak menemui sebarang petunjuk serta bukti bagaimana kebakaran itu berlaku dan mengapa hanya di dalam bilik di mana Kurt Westergaard duduk sahaja yang terbakar.

 Siasatan awal menunjukkan bahawa kartunis yang melakukan kekufuran dengan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW telah meningkatkan tahap keselamatan setelah menerima banyak ancaman dari seluruh dunia selepas umat Islam marah kerana penerbitan yang berulang-ulang kali karikatur di akhbar Eropah.

Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam memplotkan kematian Kurt. Ada juga Seorang lelaki Somalia yang cuba menikam beliau, tetapi polis berjaya menyelamatkannya.

Laporan siasatan berkata, kejadian itu berlaku beberapa hari lepas di mana Kurt Westergaard telah parah terbakar dan mati di tempat kejadian, tetapi media antarabangsa telah menyembunyikan peristiwa tersebut.

Pihak berkuasa Denmark setakat ini tidak dapat mencari sebarang pembayang mengenai punca api. Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa berkuasanya Allah SWT, walaupun pelbagai kawalan keselamatan terhadap Kurt, tidak ada apa pun yang boleh selamatkan dia.

Kisah Nabi2 Allah dan haiwan

1. Unta Nabi Saleh
Mereka menambah lagi, "Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu," kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.

Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.

"Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?"

"Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu," jawab mereka.

Setelah satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.

Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.

2. Anak Sapi Nabi Ibrahim
"Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: "Salaama". Ibrahim menjawab: "Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal."

Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka.

Ibrahim lalu berkata: "Silakan anda makan." (Tetapi mereka tidak mau makan), kerana itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka.

Mereka berkata: "Janganlah kamu takut", dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak)." (QS. Adz Dzariyat: 24-30)

3. Kambing Gibas Nabi Ismail
Nabi Ibrahim yang dikatakan memiliki kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim, maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan posisi Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismailpun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd. Dari peristiwa itu telah menjadi syari'at ummat Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban.

4. Sapi Nabi Musa
Tatkala Nabi Musa menyampaikan cara yang diwahyukan oleh Allah itu kepada kaumnya ia ditertawakan dan diejek kerana akal mereka tidak dapat menerima bahawa hal yang sedemikian itu boleh terjadi. Mereka lupa bahawa Allah telah berkali-kali menunjukkan kekuasaan-Nya melalui mukjizat yang diberikan kapada Musa yang kadang kala bahkan lebih hebat dan lebih sukar untuk diterima oleh akal manusia berbanding mukjizat yang mereka hadapi dalam peristiwa pembunuhan pewaris itu.

Berkata mereka kapada Musa secara mengejek: "Apakah dgn cara yang engkau usulkan itu, engkau bermaksud hendak menjadikan kami bahan ejekan dan tertawaan orang? Akan tetapi kalau memang cara yang engkau usulkan itu adalah wahyu, maka cubalah tanya kapada Tuhanmu, sapi betina atau jantankah yang harus kami sembelih? Dan apakah sifat-sifatnya serta warna kulitnya agar kami tidak dapat salah memilih sapi yang harus kami sembelih?"

Musa menjawab: "Menurut petunjuk Allah, yang harus disembelih itu ialah sapi betina berwarna kuning tua, belum pernah dipakai untuk membajak tanah atau mengairi tanaman tidak cacat dan tidak pula ada belangnya."

Kemudian dikirimkanlah orang ke pelosok desa dan kampung-kampung mencari sapi yang dimaksudkan itu yang akhirnya diketemukannya pada seoanrg anak yatim piatu yang memiliki sapi itu sebagai satu-satunya harta peninggalan ayahnya serta menjadi satu-satunya sumber nafkah hidupnya. Ayah anak yatim itu adalah seorang fakir miskin yang soleh, ahli ibadah yang tekun yang pada saat mendekati waktu wafatnya, berdoalah kepada Allah memohon perlindungan bagi putera tunggalnya yang tidak dapat meninggalkan warisan apa-apa baginya selain seekor sapi itu. Maka berkat doa ayah yang soleh itu terjuallah sapi si anak yatim itu dengan harga yang berlipat ganda kerana memenuhi syarat dan sifat-sifat yang diisyaratkan oleh Musa untuk disembelih.

Setelah disembelih sapi yang dibeli dari anak yatim itu, diambillah lidahnya oleh Nabi Musa, lalu dipukulkannya pada tubuh mayat, yang seketika bangunlah ia hidup kembali dengan izin Allah, menceritakan kepada Nabi Musa dan para pengikutnya bagaimana ia telah dibunuh oleh saudara-saudara sepupunya sendiri.

Demikianlah mukjizat Allah yang kesekian kalinya diperlihatkan kepada Bani Israil yang keras kepala dan keras hati itu namun belum juga dapat menghilangkan sifat-sifat congkak dan membangkang mereka atau mengikis-habis bibit-bibit syirik dan kufur yang masih melekat pada dada dan hati mereka.

5. Ikan Yang Memakan Nabi Yunus
Kemudian Nabi Yunus AS menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu miring dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan risiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan sisanya.

Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus AS, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, ". kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian." (Ash-Shaffat: 141).

Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.

Ketika Nabi Yunus AS berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, "Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim." (Al-Anbiya': 87). Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus AS di daerah yang tandus.

Nabi Yunus AS keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) kerana keadaannya yang lemah. Kemudian Allah Ta'ala mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pohon labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.

Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Yunus AS supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, dimana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka kenikmatan hidup sehingga batas waktu tertentu.

6. Khimar Nabi Uzair
Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya. Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya. Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib.

Malaikat yang diutus oleh Allah s.w.t membangunkannya dan bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?"

Malaikat bertanya kepadanya: "Berapa jam engkau tidur?"

Uzair menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari."

Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya: "Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. " Engkau tidur selama seratus tahun. Allah s.w.t mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa hairan dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati."

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta).

Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: "Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah."

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah? Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perasan anggur.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perasan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah. Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. Kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata: "Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang- belulang)."

Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya: "Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah s.w.t membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu."

Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang. Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Alhasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara. Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah s.w.t yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya, Uzair berkata: "Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. "

Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah s.w.t berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat. Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya. Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun. Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.

7. Semut Nabi Sulaiman
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, "hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, "Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, "Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?"
"Sebesar biji gandum," jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

"Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?" tanya Nabi Sulaiman.
"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah," jawab si semut. "Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.".

8. Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman
Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung. Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Kerana ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya. Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman.

Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya kerana mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh Ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman. Kisah tersebut diabadikan dalam Qur'an Surat An-Naml ayat 22-23.

Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama. Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum kerana ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka.

Melalui presentasi burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.

9. Unta Nabi Muhammad Saw
Ketika itu kami bersama Nabi besar Muhammad Saw tengah berada dalam sebuah peperangan. Tiba-tiba datang seekor unta mendekati beliau, lalu untu tersebut berbicara, "Ya Rasulullah, sesungguhnya si fulan (pemilik unta tersebut) telah memanfaatkan tenagaku dari semenjak muda hinga usiaku telah tua seperti sekarang ini. Kini ia malah hendak menyembelihku. Aku berlindung kepadamu dari keinginan si fulan yang hendak menyembelihku."

Mendengar pengaduan sang unta, Rasulullah Saw memanggil sang pemilik unta dan hendak membeli unta tersebut dari pemiliknya. Orang itu malah memberikan unta tersebut kepada beliau.. Unta itu pun dibebaskan oleh Nabi Muhammad Saw.

Juga ketika kami tengah bersama Muhammad Saw, tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman sambil menuntun untanya. Arab baduy tersebut meminta perlindungan kerana tangannya hendak dipotong, akibat kesaksian palsu beberapa orang yang berkata bohong. Kemudian unta itu berbicara dengan Nabi kami Muhammad Saw, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini tidak bersalah. Para saksi inilah yang telah memberikan pengakuan palsu kerana mereka telah dipaksa. Sebenarnya pencuriku adalah seorang Yahudi."

10. Anjing Ashabul Kahfi
Anjing tersebut berwarna kuning, di syurga bentuknya berubah menjadi kambing gibas, ia bernama Qithmir, ada yang mengatakan bernama Tawarum dan ada yang mengatakan bernama Huban.
"(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka"; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka", secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka".

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)".
 
Sumber

Thursday, August 2, 2012

Surah surah amalan semasa mengandung.

 Pengalaman selama tempoh mengandung dan melahirkan adalah cukup indah dan berharga. Tempoh mengandung adalah detik terindah yang seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah.

Semasa mengandung, bakal ibu sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah antaranya bertaubat kepada Allah SWT, membanyakkan zikir dan doa serta membaca Al-Quran. Setiap surah yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya tersendiri.
Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.

Surah al-Fatihah
Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara mazmumah


Surah Yusuf
Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian

Surah Luqman
Dalam kisah Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, insyaallah.

Surah Maryam
Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

Petikan dari Blog Kisah Wanita.

Thursday, March 22, 2012

Saidina Umar ra, kisah suka dan duka

Suatu ketika Rasulullah SAW berkumpul dengan para Sahabatnya, beliau bertanya kepada para sahabatnya
“Siapa diantara kalian yang boleh membuat aku tertawa “
"Saya ya rasulullah". Jawab Umar . Kemudian Umar pun bercerita.
” Dahulu sebelum aku mengenal Islam ,aku pernah membuat patung berhala dari manisan , sewaktu aku lapar aku memakan berhala tersebut mulai dari kepalanya, terus tangannya hingga habis tak tersisa.” Mendengar cerita Umar ra, Rasulullah SAW tertawa hingga kelihatan gigi grahamnya, Beliaupun bersabda.
” Dimana akal kamu waktu Itu ?”
Umar menjawab “Akal kami memang bijak tapi waktu itu yang Menciptakan Alam menyesatkan kami”

Lalu Rasulullah SAW berkata kepada Umar.
” Ceritakan kepadaku hal yang membuat aku menangis”.
 Umar pun berceritanya ” Dahulu aku punya seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut kesuatu tempat, Tiba ditempat yang aku tuju aku mulai menggali sebuah lubang, setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku ,maka anak perempuanku membersihkannya. Padahal dia tidak mengetahuinya sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup untuk persembahan berhala. Setelah selesai menggali lubang aku kubur anak perempuanku hidup-hidup" .
 Mendengar cerita itu menitislah air mata Rasulullah SAW, tapi Umar telah menyesali perbuatan jahiliyyahnya sebelum dia mengenal Islam.

Begitulah sekelumit cerita Umar AlKhattab ra sebelum dia mengenal Nabi Muhammad SAW , Umar terkenal sangat sadis dan kejam kepada siapa saja, selepas mengenal Rasulullah SAW hatinya luluh dan menjadi orang yang sangat sabar dan tawadhu.

Utsman Affan ra dan sifat malunya

Rasulullah s.a.w memerintahkan Utsman bin Affan r.a untuk berhijrah bersama isterinya ke Habsyah (Ethiopia), lalu dia pun melakukannya. Maka Rasulullah s.a.w menyebutnya sebagai orang yang pertama melakukan hijrah.

Dari Anas, dia berkata, "Yang pertama melakukan hijrah dari kaum Muslimin ke Habsyah dengan keluarganya adalah Utsman bin Affan, kemudian Nabi s.a.w bersabda," Allah menyertai kedua-duanya, bahawasanya Utsman yang pertama melakukan hijrah kepada Allah dengan keluarganya setelah Nabi Luth." (Hadith Riwayat At-Thabrani).

Hijrahnya Uthman bin Affan kepada Allah ini bukanlah sekadar hijrah dengan berpindah dari satu tempat ke tempat lain, kerana hijrah yang sesungguhnya dia lakukan ialah ketika dia masuk Islam. Dia berhijrah dari lingkungan kesenangan dan kekayaan yang melimpah dan kedudukan yang sangat tinggi di kalangan kaum Quraisy lalu berhijrah kepada Allah dengan meninggalkan semua itu.

Hal ini dia lakukan bukan pada saat Islam sudah menjadi agama yang sangat besar, tetapi ketika umat Islam masih sedikit dan dalam keadaan kesulitan dan mendapat penganiayaan.

Selain sifatnya yang muhajir ini, ada satu sifat yang sangat menonjol dari Utsman bin Affan yang tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain; dia seorang yang sangat pemalu. Rasulullah s.a.w bersabda, "yang paling pengasih di antara umatku adalah Abu Bakar, yang paling keras dalam agama Allah adalah Umar, dan yang paling pemalu adalah Utsman ..." (HR At-Tirmidzi).

Ada satu kejadian yang berkaitan dengan sifat malunya Utsman bin Affan ini. Dari Aisyah, dia berkata, "Rasulullah s.a.w sedang berbaring di rumahku sedangkan bajunya tersingkap sehingga peha atau betisnya terbuka, kemudian datang Abu Bakar r.a minta izin untuk menemuinya, lalu dia pun diberi kebenaran, sedangkan Rasulullah s.a.w dalam keadaan demikian (dengan kaki yang terbuka). Lalu mereka bercakap-cakap. Setelah itu kemudian datang Umar r.a minta izin untuk menemuinya, lalu dia pun diberi kebenaran, sedangkan Rasulullah s.a.w masih dengan keadaan demikian, lalu mereka pun bercakap-cakap. Kemudian datanglah Uthman bin Affan meminta izin untuk menemuinya, lalu Rasulullah s.a.w duduk dan merapikan bajunya. Ketika dia sudah pergi, Aisyah berkata, "Telah datang kepada kamu Abu Bakar dan engkau tidak merapikan, kemudian datang Umar dan engkau tidak merapikan, kemudian datang Uthman lalu engkau duduk dan merapikan pakaian." Rasulullah s.a.w bersabda, "Bukankah aku merasa malu terhadap orang yang malaikat pun malu terhadapnya." (Hadith Riwayat Muslim).

Uthman bin Affan bin Abul Ash lahir dari keluarga yang kaya dan berpengaruh dari suku Quraisy silsilah Bani Umayyah. Usianya lebih muda lima tahun dari Rasulullah s.a.w. Dia mendapat pendidikan yang baik, belajar membaca dan menulis pada usia awal. Di masa mudanya, dia telah menjadi seorang peniaga yang kaya dan dermawan.

Utsman berasal dari strata sosial dan ekonomi tinggi yang pertama-tama memeluk Islam. Dia mempunyai keperibadian yang baik. Bahkan sebelum memeluk Islam, Utsman terkenal dengan kejujuran dan integritinya.

Keperibadian Utsman benar-benar merupakan gambaran dari akhlak yang baik menurut Islam (akhlakul karimah). Dia jujur, dermawan, dan baik hati. Rasulullah s.a.w mencintai Utsman kerana akhlaknya. Mungkin itulah sebab mengapa beliau membenarkan dua anaknya untuk menjadi isteri Utsman. Yang pertama adalah Ruqayyah. Dia meninggal selepas Perang Badar.

Rasulullah s.a.w sangat tersentuh akan kesedihan yang dialami Utsman sepeninggalan Ruqayyah dan menasihatinya untuk menikahi seorang lagi anak perempuan beliau, Ummu Kaltsum. Kerana kehormatan besar dapat menikahi dua anak perempuan Rasulullah, Uthman terkenal dengan sebutan Dzun Nur'ain atau Pemilik Dua Cahaya.

Syiah Menghina Sahabat Nabi SAW.

Imam Abu Ya’qub Yusuf B. Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi’i) pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi’i:

أصلي خلف الرافضي؟ قال: لا تصل خلف الرافضي، ولا القدري، ولا المرجئ. قلت: صفهم لنا

“Bolehkah aku bersolat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?”

Imam asy-Syafi’i berkata, “Jangan bersolat di belakang orang Syi’ah, orang Qadariyyah, dan orang-orang Murji’ah.”

Aku bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku?

 قال: من قال: الايمان قول، فهو مرجئ، ومن قال: إن أبا بكر وعمر ليسا بإمامين، فهو رافضي، ومن جعل المشيئة إلى نفسه، فهو قدري

Jawab imam asy-Syafi’i, “Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia adalah pengikut murji’ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan ‘Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi’ah Rafidhah. Dan sesiapa yang mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut qadariyah.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam Al-Nubala 10/31)

Imam Harmalah B. Yahya (Wafat: 243H) dan Imam ar-Rabi’ B. Sulaiman al-Muradi rahimahumallah (Wafat: 270H) berkata, “Aku mendengar imam asy-Syafi’i berkata:

لم أر أحدا أشهد بالزور من الرافضة

“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang mana aku benar-benar bersaksi akan kebohongannya melainkan dari kaum Syi’ah Rafidhah.”.” (Manaaqib asy-Syafi’i, 1/468. Siyar A’lam an-Nubala’, 10/89)

Yunus B. ‘Abdul A’la rahimahullah (Wafat: 264H) berkata, “Aku mendengar imam asy-Syafi’i apabila disebut nama Syi’ah rafidhah, beliau pun mencela mereka sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa mereka adalah seburuk-buruk golongan.” (al-Baihaqi, Manaaqib asy-Syafi’i, 1/468 – Daar at-Turaats)

Ramai tidak menyedari hakikat ini kenapa para ulama ahli sunnah wal-jama’ah termasuk imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) sampai mengatakan perkataan yang begitu keras terhadap golongan Syi’ah rafidhah.

Sebenarnya jika kita teliti dengan baik-baik, nescaya kita akan lihat betapa buruk, keji, dan dustanya kaum Syi’ah ini. Mereka adalah seburuk-buruk ahli bid’ah di mana mereka menjadikan perbuatan laknat ke atas para sahabat Rasulullah sebagai sebahagian dari bentuk ibadah mereka. Kemudian mereka menjadikan sikap dusta yang dahsyat atas nama agama Islam dan syi’ar iman!

Sikap Ahli Sunnah Terhadap Para Sahabat

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Dengan ayat ini ahli sunnah wal-jama’ah menjadikan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in sebagai generasi manusia terbaik dan teladan yang diikuti pegangan agamanya. Daripada para sahabatlah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi yang mulia ditafsirkan dan difahami oleh ahli sunnah wal-jama’ah sehingga ke hari ini. Termasuk janji Allah bagi orang-orang yang mengikuti para sahabat dengan baik adalah Syurga yang kekal abadi sebagaimana dijelaskan ayat Allah ini.

Imam Abu Bakr al-Humaidi rahimahullah (Wafat: 219H) berkata:

والترحم على أصحاب محمد كلهم، فإن الله عز وجل قال: وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ. فلم يؤمر إلا بالإستغفارٍ لهم، فمن يسبهم أو ينقصهم أو أحداً منهم، فليس على السُنَّة

“Termasuk prinsip ‘aqidah ahli sunnah wal-jama’ah adalah mendoakan rahmat ke atas seluruh sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kerana sesungguhnya Allah berfirman:

“Dan orang-orang yang datang setelah mereka (Muhajirin dan Anshar) mereka berdoa, “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami. Dan janganlah Engkau jadikan ada dengki dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Lemah-lembut lagi maha Penyayang.” (Surah al-Hasyr, 59: 10)

Kita tidaklah diperintahkan melainkan dengan memintakan ampun untuk mereka. Dengan itu, sesiapa yang mencela dan menghina mereka atau salah seorang daripada mereka, maka dia sebenarnya tidak berada di atas sunnah...” (al-Humaidi, Ushulus Sunnah, no. 3. Fawwaz Ahmad Zamarli, ‘Aqaa’id A’immatis Salaf, m/s. 153-154 – Daar al-Kitab al-‘Arabi, Cet. 1, Beirut)

Seluruh ahli sunnah wal-jama’ah menegaskan agar para sahabat dihormati dan dicintai. Ini antaranya disebutkan oleh imam Abu Ja’far ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H):

وَنُبْغِضُ مَنْ يُبْغِضُهُمْ، وَبِغَيْرِ الْخَيْرِ يَذْكُرُهُمْ. وَلَا نَذْكُرُهُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ. وَحُبُّهُمْ دِينٌ وَإِيمَانٌ وَإِحْسَانٌ، وَبُغْضُهُمْ كُفْرٌ وَنِفَاقٌ وَطُغْيَانٌ

“Ahli Sunnah wal-Jama’ah membenci orang-orang yang membenci para sahabat Nabi dan orang-orang yang memanggil para sahabat Nabi dengan perkataan yang buruk, dan kita tidak memanggil para sahabat Nabi melainkan dengan perkataan yang baik. Mencintai mereka adalah sebahagian dari agama, keimanan, dan ihsan. Manakala membenci mereka adalah sebahagian dari kekufuran, kemunafikan, dan kezaliman.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah al-‘Aqidah ath-Thahawiyah, m/s. 689 – Mu’assasah ar-Risalah)

Ini bersesuaian sekali dengan peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لاَ تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِي فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ

“Janganlah kamu mencela seorang pun dari kalangan sahabatku. Kerana sesungguhnya sekiranya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud sekalipun nescaya ia tidak akan dapat menyamai dengan satu mud yang diinfaqkan oleh para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak akan sama.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3673. Muslim, Bab: Larangan Mencela Para Sahabat, no. 2541)

Syi’ah Mencela Sahabat Nabi!

Apa yang ditegaskan oleh al-Qur’an, al-hadis, dan para ulama ahli sunnah wal-jama’ah begitu jauh berbeza dengan apa yang diimani oleh kaum sesat Syi’ah Rafidhah. Di sisi Syi’ah, mencela para sahabat Nabi adalah termasuk sebahagian dari tanda-tanda keimanan.

Ini semua dapat kita lihat berdasarkan nukilan-nukilan penting dari kitab-kitab Syi’ah yang dibongkar oleh para ulama ahli sunnah wal-jama’ah sama ada yang terdahulu atau terkini. Syi’ah tidak pernah berubah bahkan semakin melampau.

Kata Salah seorang tokoh Imam Syi’ah yang tidak asing lagi, iaitu Muhammad Baqir al-Majlisi (Wafat: 1110H). Beliau berkata dalam rangka menjelaskan pegangan (aqidah) mereka terhadap para sahabat Nabi:

وعقيدتنا في التبرؤ: أننا نتبرأ من الأصنام الأربعة: أبي بكر وعمر وعثمان ومعاوية، ومن النساء الأربع: عائشة وحفصة وهند وأم الحكم، ومن جميع أشياعهم وأتباعهم، وأنهم شر خلق الله على وجه الأرض، وأنه لا يتم الإيمان بالله ورسوله والأئمة إلا بالتبرؤ من أعدائهم

“‘Aqidah kami dalam soal berlepas diri adalah: Kami berlepas diri dari empat berhala, iaitu Abu Bakr, ‘Umar, ‘Utsman, dan Mu’awiyah, dan juga dari empat orang wanita, iaitu ‘Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam, serta seluruh penolong dan para pengikut mereka. Sesungguhnya mereka adalah makhluk Allah yang paling buruk di permukaan bumi ini. Dan tidaklah sempurna keimanan kepada Allah, Rasul, dan para imam melainkan setelah berlepas diri dari musuh-musuh mereka.” (al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m/s. 519. Kitab asal berbahasa Parsi, dicetak dan diterbitkan di Tehran. Didedahkan oleh Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili dan Syaikh Muhammad ‘Abdus Sattar at-Tunisiawi)

Kata beliau lagi:

إنَّ أبا بكر وعمر كانا كافرين، الذي يحبهما فهو كافر أيضاً

“Sesungguhnya Abu Bakar dan ‘Umar adalah kafir, orang-orang yang mencintai mereka berdua juga adalah kafir.” (al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m/s. 522)

Lebih awal dari itu, Abu Ja’far Muhammad B. Ya’qub al-Kulaini (Wafat: 328H) seorang tokoh terkenal yang dinobatkan sebagai ulama hadis terpercaya kalangan Syi’ah, beliau berkata dalam kitabnya, al-Kaafi:

“Sebaik kewafatan Nabi, seluruh manusia (dari kalangan sahabat Nabi) mereka semua telah murtad kecuali hanya tiga orang, iaitu Miqdaad B. Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, dan Salman al-Farisi.” (ar-Raudhah minal Kaafi, 8/245. Dinukil dari kitab Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis Sunnah karya Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili, m/s. 42)

Perkara ini turut disebutkan oleh tokoh terkemuka Syi’ah yang lain iaitu al-Kisyi dalam kitab beliau, Rijal al-Kisyi m/s. 12-13 sebagaimana dikemukakan oleh Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir rahimahullah dalam asy-Syi’ah was Sunnah.

Al-Kulaini juga turut menukil atas nama ‘Ali b. Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu secara dusta dengan mengatakan ‘Ali telah berkata:

“Sesungguhnya para pemimpin sebelumku (Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Utsman) telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menentang Rasulullah. Mereka sengaja menentang beliau, membatalkan janji beliau, dan mengubah sunnah beliau.” (ar-Raudhah, m/s. 59 – Diterbitkan di Tehran. Didedahkan oleh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir dalam asy-Syi’ah was Sunnah)

Al-Mulla al-Kazhim yang juga tokoh Syi’ah terkenal, beliau membawakan sebuah riwayat dusta yang disandarkan atas nama Zainul Abidin rahimahullah dan nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kata beliau:

من لعن الجبت والطاغوت ويعنون بهما: أبا بكر وعمر لعنة واحدة كتب الله له سبعين ألف ألف حسنة، ومحا عنه ألف ألف سيئة، ورفع له سبعون ألف ألف درجة، ومن أمسى يلعنهما لعنة واحدة كتب له مثل ذلك

“Sesiapa yang melaknat al-Jibt (Abu Bakr) dan Thaghut (‘Umar) satu kali maka Allah akan berikan  kepadanya 70 ribu kebaikan, akan menghapuskan darinya ribuan kejahatan (dosa), dan akan mengangkat darjatnya sebanyak 70 ribu darjat. Dan sesiapa yang melaknat mereka berdua satu kali di waktu petang hari, maka Allah akan berikan kepadanya ganjaran yang sama dengannya.”

Kemudian beliau juga menyebutkan:

من لعنهما لعنة واحدة في كل غداة لم يكتب عليه ذنب في ذلك اليوم حتى يمسي، ومن أمسى لعنهما لعنة واحدة لم يكتب عليه ذنب في ليلة حتى يصبح

“Sesiapa yang melaknat mereka berdua (Abu Bakr dan ‘Umar) satu kali di waktu pagi maka dosanya tidak akan dicatat sehingga petang hari. Dan sesiapa yang melaknat mereka berdua (Abu Bakr dan ‘Umar) satu kali di waktu petang maka dosanya tidak akan dicatat sehingga keesokan paginya.” (Mulla Kazhim, Ajma’ al-Fadhaih, m/s. 513. Lihat: Ihsan Ilahi Zhahir, asy-Syi’ah wa Ahlul Bait, m/s. 157 – Idarah Turjuman as-Sunnah. Ibrahim ar-Ruhaili, Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis Sunnah, m/s. 44 - Daar al-Imam Ahmad)

Syaikh Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili hafizahullah mengulas perkara ini dengan katanya:

وقد بلغ من حقد هؤلاء الرافضة على الصحابة وشدة حنقهم عليهم أنهم يتقربون إلى الله بلعنهم، بل لهم دعاوى في فضل ذلك ومبالغات تفوق الوصف

“Kebencian Syi’ah rafidhah dan kemurkaan mereka terhadap para sahabat sungguh teramat-amat melampau. Sampai mereka menjadikannya sebagai sebahagian dari bentuk-bentuk taqarrub (pendekatan diri) kepada Allah dengan melaknat para sahabat. Malah mereka memiliki dakwaan yang berlebihan tentang keutamaan perbuatan mereka tersebut.” (Ibrahim ar-Ruhaili, Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis Sunnah, m/s. 44 – Daar al-Imam Ahmad)

Inilah bentuk-bentuk kebencian dan permusuhan Syi’ah terhadap Islam. Mereka menjadikan perbuatan laknat ke atas para sahabat Nabi yang mulia sebagai zikir harian mereka. Sampai dalam solat-solat mereka pun para sahabat nabi habis dilaknat oleh mereka! Manakala isteri-isteri Nabi pula dizikirkan sebagai pelacur. Di antara kitab-kitab mereka yang menyentuh kehormatan isteri-isteri Nabi adalah seperti al-Ihtijaj karya ath-Thibrisi, Ikhtiyar Marifat ar-Rijal oleh ath-Thusi, Bihar al-Anwar oleh Al-Majlisi, dan beberapa lagi selainnya.

Mereka antaranya mengemukakan isteri-isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah golongan pelacur dan penzina terutamanya ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. (al-Ihtijaj karya ath-Thibrisi, m/s. 2 – Terbitan Tehran. Didedahkan oleh Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir dalam asy-Syi’ah was Sunnah)

Semoga Allah memberi balasan buruk atas keceluparan dan kekejian mereka.

Kemudian kita lihat pula pendirian dan ‘aqidah tokoh Syi’ah yang banyak menjadi rujukan dan pujaan pada zaman ini, iaitu Sayyed Ruhullah Musavi Khomeini atau lebih dikenali sebagai Khomeini (Wafat: 1989M). Beliau ditokohkan bukan oleh golongan Syi’ah semata-mata, tetapi juga oleh kebanyakan dari kalangan aktivis pergerakan Islam yang jahil.

Ramai yang tidak tahu betapa jelasnya permusuhan Khomeini terhadap para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terutama kepada Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhum. Kata Khomeini:

بعد رحلة الرّسول الأكرم  صلّى الله عليه وآله وسلّم  لم يسمح المعاندون وبنو أمية لعنهم الله باستقرار الحكومة الإسلامية بولاية علي بن أبي طالب عليه السلام. لم يسمحوا بتحقق الحكومة التي كانت مرضية عند الله تعالى وعند الرّسول الأكرم  صلّى الله عليه وآله وسلّم  وفي النتيجة بَدَّلوا أساس الحكومة

“Setelah kewafatan Rasul yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa Alihi wa Sallam dari kalangan penentang (iaitu para sahabat) dan Bani Umayyah, semoga laknat Allah atas mereka. Mereka tidak membenarkan berdirinya kerajaan Islam di bawah pemerintahan ‘Ali B. Abi Thalib ‘alaihis Salam. Mereka tidak membenarkan terlaksananya kerajaan yang diredhai Allah dan Rasul yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa Alihi wa Sallam dan natijahnya mereka pun mengubah asas kerajaan (pemerintahan).” (Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyah, m/s. 60)

Beliau juga turut mencerca sahabat Nabi, Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu sebagai pemerintah yang zalim:

وهكذا تكون حكومة العدل الإسلامية، فهي ليست كتلك الحكومات التي تسلب الشعب الأمن، وتجعل النّاس يرتجفون في بيوتهم خوفاً من مفاجآتها وأعمالها. كما كان الأمر في حكومة معاوية وأمثالها من الحكومات، حيث سلب النّاس الأمن

“Dan demikianlah kerajaan Islam yang adil, maka ia tidak sama dengan kerajaan-kerajaan yang mencabut keamanan rakyat dan menjadikan mereka takut berada dalam rumah mereka sendiri dari serangan pegawai-pegawai kerajaan seperti kerajaan Mu’awiyah dan yang seumpamanya dari kerajaan-kerajaan yang menghilangkan keamanan rakyat.” (Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyah, m/s. 60)

Syaikh Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili hafizahullah menyentuh tentang sikap kaum Syi’ah ini dengan katanya:

وللرافضة في الطعن في أصحاب النبي أقوالٌ كثيرةٌ ومجازفاتٌ عظيمةٌ لا يعرفها إلا من اطلع على كتبهم، وقد ذكرت طائفةٌ منها في كتاب الانتصار للصحب والآل

“Perkataan kaum Syi’ah Rafidhah dalam bab mencela para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terlalu banyak dan kedustaan mereka sangat besar. Perkara tersebut tidak akan diketahui melainkan bagi orang-orang yang membaca kitab-kitab mereka, dan aku telah sebutkan sedikit dari perkataan mereka dalam kitab al-Intishaar li ash-Shahbi wal Aal.” (Ibrahim ar-Ruhaili, Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis Sunnah, m/s. 44 – Daar al-Imam Ahmad)

Apa yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Syi’ah ini antaranya adalah dalam rangka mengajak manusia membenci sumber utama Islam, iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah. Apabila para sahabat Nabi berjaya mereka doktrinkan sebagai kafir dan munafiq, nescaya lenyaplah apa yang mereka bawa kepada kita hari ini berupa al-Qur’an dan as-Sunnah.

Sikap sebenar Syi’ah ini sukar dikesan oleh orang awam yang tidak memiliki maklumat yang tepat tentang Syi’ah. Ini kerana Syi’ah mengamalkan sikap taqiyah (berpura-pura). Mereka juga turut terkenal berdusta atas nama Allah, Rasulullah, dan Ahlul Bait.

Tokoh mereka al-Kulaini mengatakan, “Taqiyah (kepura-puraan) adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Sesiapa yang tidak betaqiyah, ia tidak memiliki iman.” (al-Kafi minal Ushul, bab Taqiyah, 2/219. Didedahkan oleh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir dalam asy-Syi’ah was Sunnah)

Demikianlah apa yang diungkapkan oleh kaum Syi’ah dalam hati-hati dan aqidah mereka yang sebenar berkaitan sahabat-sahabat Nabi. Sedangkan para sahabat Nabi yang mereka cela dan cerca itu sebahagian besarnya telah dipuji Allah dalam al-Qur’an, bahkan disebutkan secara jelas oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan janji Syurga.

Berikut kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

أبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ، وَطَلْحَةُ في الْجَنَّةِ، وَالزُّبَيْرُ في الْجَنَّةِ، وعَبْدُ الرَّحْمَانِ بْنُ عَوْفٍ في الْجَنَةِ، وَسَعْدُ بْنُ أبي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ، وَسَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ بْنِ عَمْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وأبو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِيَ الْجَنَّةِ

“Abu Bakar dalam Syurga, ‘Umar dalam Syurga, ‘Utsman dalam Syurga, ‘Ali dalam Syurga, Thalhah dalam Syurga, al-Zubair dalam Syurga, ‘Abdul Rahman B ‘Auf dalam Syurga, Sa’ad B. Abi Waqqash dalam Syurga, Sa’id B. Zaid dalam Syurga, Abu ‘Ubaidah al-Jarah dalam Syurga.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3747. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu pula:

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا وَاهْدِ بِهِ

“Ya Allah, jadikanlah dia (Mu’awiyah) sebagai orang yang membimbing kepada kebenaran, diberi bimbingan ke arah kebenaran, dan jadikanlah dia sebagai penyebab hidayah.” (Hadis Riwayat at-Tarmizi, no. 3842)

Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H), “Mu’awiyah termasuk kelompok raja terbaik.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 3/159)

Karya Bongkar Syi’ah

Untuk melihat lebih banyak pendedahan tentang sikap keji Syi’ah rafidhah terhadap para sahabat Nabi ini, para pembaca boleh merujuk antaranya hasil kajian milik Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir rahimahullah. Dr. Ihsan Ilahi Zhahir adalah di antara tokoh ahli sunnah pada zaman kita ini yang begitu banyak mengkaji tentang firqah-firqah sesat dari kelompok tarekat sufi tasawuf dan Syi’ah.

Beliau terbunuh akibat cedera parah dalam satu siri serangan bom oleh sekumpulan Syi’ah di Lahore Pakistan. Beliau meninggal dunia pada usia 42 tahun sebaik sampai di Riyard untuk rawatan pada tahun 1407H (1987M) akibat serangan tersebut.

Kitab-kitab beliau berkaitan Syi’ah antaranya boleh ditemui dengan judul asy-Syi’ah wal Qur’an, asy-Syi’ah was Sunnah, Baina asy-Syi’ah wa Ahlus Sunnah, dan asy-Syi’ah wa Ahlul Bait. Manakala karya-karya lainnya juga teramat banyak dalam menjawab fitnah-fitnah Syi’ah ini. Antaranya termasuk Minhajus Sunnah an-Nabawiyah karya Ibnu Taimiyyah (Wafat: 728H), al-Bidayah wan-Nihayah karya Ibnu Katsir (Wafat: 774H), dan al-‘Awashim Minal Qowashim karya al-Qadhi Abu Bakr Ibnul ‘Arabi (Wafat: 543H).

Di samping itu, bukalah sama kitab-kitab para ulama yang menjelaskan biografi dan sirah kehidupan para sahabat radhiyallahu ‘anhum yang sahih secara umum.

Dengan itu semua, pasti kita akan mengerti dan jelas kenapa para ulama ahli sunnah wal-jama’ah semenjak dahulu lagi begitu keras sikap mereka terhadap Syi’ah rafidhah ini.

Namun kita amat dukacita apabila ada di kalangan tokoh-tokoh aktivis pergerakan Islam di negara kita hari ini tanpa rasa sangsi dan bersalah mengangkat tokoh-tokoh Syi’ah seperti Hasan Nasrullah, Muqtadar as-Sadr, Rafsanjani, Khattami, dan Khomeini sebagai idola. Ini termasuk sikap dayus lagi tidak bertanggungjawab. Tidak sensitif terhadap prinsip-prinsip agama yang benar.

Islam mengajak kita memuliakan para sahabat dan menjauhi tokoh-tokoh yang mencela mereka, tetapi sebaliknya ada pula yang mengajak masyarakat memuliakan golongan yang memusuhi para sahabat dan mendiamkan kejahatan Syi’ah rafidhah ini. Laa hawla wala quwwata illa billah...

Hati-hati Dengan Mereka! 
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728) pernah mengatakan, “Sesiapa yang selalu berprasangka baik terhadap ahli bid’ah dan mengaku belum mengetahui keadaan mereka, kenalkanlah ahli bid’ah tersebut padanya. Maka sekiranya dia telah mengenalnya tetapi tidak menampakkan penolakkan terhadap mereka, gabungkanlah ia bersama-sama mereka dan anggaplah ia dari kalangan mereka juga.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 2/133)

Tahdzir dan Peringatan

Imam Malik rahimahullah (Wafat: 179H) pernah ditanya tentang Syi’ah Rafidhah, maka beliau pun berkata:

لا تكلمهم ولا ترو عنهم فإنهم يكذبون

“Janganlah kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meriwayatkan hadis daripada mereka kerana mereka adalah pendusta.” (Ibnu Taimiyyah, Minhajus Sunnah, 1/26)

Imam Fudhail B. ‘Iyadh rahimahullah (Wafat: 187H) berkata:

صَاحِبُ بِدْعَةٍ لَا تَأْمَنْهُ عَلَى دِينِكَ، وَلَا تُشَاوِرْهُ فِي أَمْرِكَ، وَلَا تَجْلِسْ إِلَيْهِ، وَمَنْ جَلَسَ إِلَى صَاحِبِ بِدْعَةٍ، أَوْرَثَهُ اللَّهُ الْعَمَى. يَعْنِي فِي قَلْبِهِ

“Jangan kamu beri kepercayaan kepada ahli bid’ah dalam urusan agamamu, jangan kamu bermesyuarat dengannya dalam urusanmu, dan jangan kamu duduk-duduk dengannya. Sesiapa yang duduk dengan ahli bid'ah, Allah akan mewariskan baginya kebutaan. Iaitu (kebutaan) di hatinya.” (al-Lalikaa’i, Syarah Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, 1/138, no. 264)